CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Merancak Daya Intelektual Demi Kesohoran Reputasi UMT

Aspek Pemampanan Kewangan, Pemerkasaan Bakat, Peningkatan Reputasi dan Memperkasa Komuniti Melalui Pemindahan dan Asimilasi Ilmu Berasaskan Penyelidikan merupakan tumpuan utama UMT pada tahun 2023. Penekanan kepada aspek-aspek ini di samping pelbagai inisiatif strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik baharu UMT bagi tahun 2023-2027 bakal merancak daya intelektual akademia dalam meningkatkan kesohoran reputasi UMT ke persada terkemuka.
Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd. Ghaffar, UMT perlu memainkan tiga tunggak peranan utama iaitu penjanaan ilmu baharu (generation of new knowledge), penyebarluasan ilmu (dessimination of knowledge) serta pemindahan dan asimilasi ilmu (transfer and assimilation of knowledge). Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Naib Canselor UMT 2023 yang diadakan di Auditorium Mahyuddin UMT pada 20 Februari 2023 dengan tema “Merancak Daya Intelektual, Kesohoran Reputasi’.
Menurut beliau lagi, UMT juga akan memberikan fokus kepada meningkatkan kebolehpasaran graduan (GE) dan menjadikan UMT sebagai universiti pilihan pelajar lepasan SPM. UMT beriltizam dalam merangka strategi untuk menarik lebih ramai pelajar yang berpotensi memilih UMT sebagai pilhan 1 hingga 3, bagi mencapai sasaran 50% pada tahun 2023. Antara perkara yang akan dilaksanakan ialah memperkemaskan pelaksanaan Program Promosi, Program Survival Laut, Program Pelayaran Sailability dan Program Selaman Special Ability Diver.
Pada tahun 2023 juga, UMT akan memperkasakan peranan utama UMT dalam menggiatkan program pemindahan dan asimilasi ilmu berasaskan penyelidikan kepada komuniti yang akan memberi nilai
tambah baik kepada reputasi UMT sebagai “Universiti for Society” dan ilmu sebagai “Knowledge for Change”.
Di majlis tersebut, Naib Canselor UMT turut melancarkan Video Korporat Baharu UMT dan Laman Web Baharu UMT.