Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bertanggungjawab membantu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam menguruskan hal ehwal penyelidikan & inovasi merentasi semua bidang pengajian di UMT. Pejabat ini menyelia, menyelaras dan memantau aktiviti pembangunan penyelidikan, inovasi dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan penyelidikan iaitu :-
- Geran Pembangunan Penyelidikan
- Pengkomersilan
- Pengurusan Harta Intelek
- Penerbitan Penyelidikan
- Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan
- Stesen Penyelidikan
- Makmal Penyelidikan
- Peralatan Penyelidikan
- Kapal Penyelidikan & Bot
- Pemindahan Teknologi
- Lain-lain Inisiatif Penyelidikan.
Selain itu, pejabat ini juga bertanggungjawab dalam memantau pencapaian Petunjuk Prestasi Utama Penyelidikan & Inovasi, mengurus permohonan pasca doktoral, menyelaras pengurusan makmal penyelidikan dan Pegawai Skim C, menguruskan permohonan anugerah penyelidikan dan menerajui akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025.
Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diselia oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah –
- Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC)
- Makmal Berpusat
- Institut Oseanografi & Sekitaran (INOS)
- Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
- Institut Bioteknologi Marin (IMB)
- Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)