CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Mohd Izani mula tugas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT yang baharu, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain tiba di Bangunan Canselori UMT, pada 20 Februari 2023 bagi melaporkan diri kepada Naib Canselor UMT. Ketibaan beliau pada jam 8:00 pagi di perkarangan Canselori disambut oleh semua ahli pengurusan UMT. Beliau memulakan tugasnya pagi ini dengan mendaftar masuk ke dalam Sistem MyNemo UMT dan disaksikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd. Ghaffar.
Terdahulu pada 15 Februari 2023, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan surat lantikan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu. Pelantikan beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa mulai 19 Februari 2023.