CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat ke Pejabat SPRM Negeri Terengganu

Pada 13 Mac 2023, Ketua Unit Integriti UMT, Encik Abdullah Syukri M. Saleh telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Negeri Terengganu. Selain itu, Unit Integriti UMT juga telah mengadakan sesi perbincangan pelaksanaan program-program pengukuhan integriti dengan Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Hazrul Shazreen Abd Yazid. Turut hadir PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, PPj Zainal Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu, KPKPs Mohd Hanafi Abd Rahim, Ketua Unit PenMas SPRM Terengganu dan Encik Mohd Juhari Abd Kadir, Pegawai Integriti UMT. Terima kasih pihak SPRM atas kerjasama erat dengan UMT.