CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG


 

Pengenalan 
Pejabat Penasihat Undang-Undang ditubuhkan untuk mentadbir dan menguruskan segala hal-ehwal perundangan Universiti. Pada peringkat awal penubuhannya, ianya dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang yang merupakan salah satu unit di bawah Pejabat Komunikasi Korporat yang diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir.
Selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) Pindaan 2009 yang meletakkan kedudukan Penasihat Undang-Undang setara dengan pegawai-pegawai utama Universiti yang lain, Bahagian Undang-Undang dipindahkan ke Jabatan Naib Canselor mulai Januari 2010. Penasihat Undang-Undang dilantik untuk mengetuai Bahagian ini dengan dibantu oleh seorang Pegawai Undang-Undang dan seorang Pembantu Tadbir.
Pada tahun 2012, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan dua (2) waran penjawatan tetap untuk Pegawai Undang-Undang di Universiti Malaysia Terengganu iaitu untuk L48 dan L41. Lanjutan daripada itu, pada tahun 2013, kedua-dua jawatan tersebut telah diisi sepenuhnya.
Pada 2018, Minit Mesyuarat Pengurusan Universiti Kali ke-186 Bilangan 16 Tahun 2018 telah bersetuju untuk Bahagian Undang-Undang dinamakan sebagai Pejabat Penasihat Undang-Undang beserta dengan Carta Organisasi baharu.

 

Misi dan Visi

 

Fungsi
Teras utama Pejabat Penasihat Undang-Undang adalah untuk sentiasa fokus menjadi bahagian yang berwibawa dalam memberikan perkhidmatan dan nasihat undang-undang yang profesional dengan cekap, tepat dan berkualiti dengan mengambil kira kepentingan, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada Universiti. Di antara fungsi Pejabat Penasihat Undang-undang, adalah –
  • Memberi khidmat nasihat dari segi perundangan, polisi, dasar, pekeliling dan arahan kepada semua bahagian /pihak berkuasa Universiti.
  • Membuat semakan dan pindaan ke atas Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan Universiti serta menguruskan pengwartaan dokumen-dokumen berkaitan.
  • Merangka dan / atau menyemak deraf kontrak, MOU/MOA dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan sebarang urusan untuk kelulusan dan pengesahan di peringkat Lembaga Pengarah Universiti (“LPU”).
  • Menjalankan perundingan dan perbincangan mengenai hal-hal berkaitan kontrak dan pecah kontrak yang melibatkan pelajar dan pihak luar.
  • Membantu dalam rundingan pengkomersialan harta intelek atau produk Universiti dan penyediaan atau semakan perjanjian atau dokumen yang berkaitan dengannya.
  • Memberi arahan dan membantu panel peguam Universiti mengendalikan tindakan guaman oleh / terhadap Universiti seperti mengumpul maklumat / dokumen yang diperlukan bagi pengurusan dan perjalanan kes.
  • Menguruskan prosiding tatatertib staf berpandukan peruntukkan dan prosedur yang telah ditetapkan dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000.
  • Menguruskan prosiding tatatertib pelajar selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.

 

Carta Fungsi

 

Rujukan Bahan Perundangan UMT

 

Carta Organisasi

 

Hubungi Kami

 

Legal Buzz

Legal Buzz Isu 9 – December 2022

Legal Buzz Isu 8 – Ogos 2022

Legal Buzz Isu 7 – April 2022

Legal Buzz Isu 6 – Dec 2021

Legal Buzz Isu 5 – Aug 2021

Legal Buzz Isu 4 April 2021

Legal Buzz Isu 3- Disember 2020

Legal Buzz Isu 2 – Ogos 2020

Legal Buzz Isu 1 – April 2020