CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bertanggungjawab dalam mengurus, melaksanakan, menyelaras dan memantau penyediaan perkhidmatan secara langsung bagi membantu pembangunan holistik, kebajikan, sahsiah dan insaniah pelajar universiti untuk mencorak keperibadian unggul dan menggilap potensi diri melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disediakan. Pengukuhan potensi diri melalui latihan, kepimpinan dan kesukarelawanan dapat menghasilkan modal insan yang dinamik, profesional dan terlatih. Penempatan pelajar yang kondusif dan selamat serta dituruti dengan keterlibatan Alumni secara berterusan merupakan pemangkin utama kepada kecemerlangan sumber manusia pada masa akan datang.

Boleh layari laman sesawang HEPA UMT  https://hepa.umt.edu.my/