UMT telah melebarkan hubungan strategik bagi meningkatkan keterlihatan di peringkat global dalam bidang penyelidikan, pembelajaran dan perkongsian nilai budaya dan sejarah melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan National Research University (NRU, TIIAME), Uzbekistan pada 16 Disember 2023.
Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, pemeteraian MoU ini juga akan membolehkan UMT menerima lebih ramai pelajar antarabangsa dari Uzbekistan, malah program francais ISF di Uzbekistan akan bertindak sebagai pelan promosi strategik bagi pengambilan pelajar program International STEM Foundation yang ditawarkan di UMT.
Turut hadir, Duta Malaysia di Republik Uzbekistan, TYT IIham Tuah Illias; Rektor NRU TIIAME, Prof. Dr. Bakhadir Suyunovich Mirzaev; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim; Pengarah PASTEM UMT, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose; Pengerusi UMT Jaya Holdings, Dato Din Adam serta delegasi UMT dan NRU.