UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pelajar UMT mendapat tempat kedua dan ketiga kejohanan pelayaran di Bahrain

Pasukan Pelayaran UMT yang mewakili Malaysia telah mendapat tempat ke-2 Match Rase dan tempat ke-3 Fleet Race di Kejohanan Kapal Layar Kingdom Fleet & Match Race Event 2023 yang berlangsung di Bahrain Sailing Club, Al Jazeer Beach, Zallaq, Kingdom of Bahrain pada 14 hingga 17 Disember 2023.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar melahirkan rasa bangga atas kejayaan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh pelayar pelajar UMT daripada Program Sarjana Muda Sains Nautika & Pengangkutan Maritim) iaitu Mohd Saifullah Mohd Esa, Mohd Faris Aiman Basri, Nur Ainul Izzati Zil Husham dan Nur Zulaikha Mohd Zafarin.

Menurut beliau, Pusat Latihan Pelayaran UMT yang diketuai oleh Encik Mohd Hafizi Said dan jurulatihnya YM Ku Anas Ku Zamil telah menunjukkan keberhasilan yang membanggakan apabila pelajar-pelajar UMT berjaya memenangi kejohanan yang berprestij ini apatah lagi UMT terpilih mewakili Malaysia dan ASEAN. Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada komuniti Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Manama Bahrain dan semua pihak yang menyokong penuh Pasukan Pelayaran UMT ini.