CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Tingkatkan Amalan Mencari Keberkatan Ilahi

Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang berkat, Canselori UMT dengan kerjasama Pusat Islam Sultan Mahmud UMT telah menganjurkan Program Lestari Canselori pada 3 April 2024 bertempat di Pejabat Timbalan Naib Canselor UMT. Program pada kali ini menampilkan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr Riswadi Azmi yang telah menyampaikan Tazkirah Ramadan dengan tajuk “Keberkatan”.

Menurut Dr Riswadi Azmi, keberkatan dalam setiap amalan adalah hasil ketaatan kita melaksanakan semua perintah Allah SWT. Beliau juga menggesa agar kita meningkatkan amal ibadah di akhir bulan Ramadan agar bertemu dengan malam yang penuh berkat iaitu Lailatul Qadar. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang kepentingan membayar zakat dan bersedekah bagi membersih hati daripada sifat cintakan dunia.