CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Puan Hannah Yeoh di pejabat beliau pada 1 April 2024. Dalam sesi pertemuan tersebut, Dato’ Mazlan telah membentangkan pelaksanaan program pemerkasaan sukan di kampus terutamanya program sukan pelayaran untuk mahasiswa UMT dan komuniti setempat. YB Menteri amat teruja dengan perkembangan program ini dan bersedia untuk membantu UMT meningkatkan lagi keupayaan program sukan pelayaran ke tahap yang lebih cemerlang. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr Mohd Izani Mohd Zain dan Pengarah Pusat Latihan Pelayaran UMT, Encik Mohd Hafizi Said.