CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Canselori UMT terima penghargaan penglibatan dalam penjurian Pertandingan IPT Bebas Denggi 2023

UMT telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan IPT Bebas Denggi 2023 dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00. Susulan kejayaan tersebut, Ketua Pentadbiran Canselori UMT, Encik Abdullah Syukri M Saleh telah menerima sijil penghargaan atas penglibatan Canselori UMT semasa sesi penjurian pertandingan tersebut. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof Chm. Dr Marinah Mohd Ariffin dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 2 April 2024 bertempat di Bilik Jamuan Senat UMT. Turut hadir Pengarah Pusat Kesihatan UMT, Dr Arnie A. Rahim.