CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor terima kunjungan hormat Presiden Institut Kimia Malaysia

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar menerima kunjungan hormat Presiden Institut Kimia Malaysia (IKM), Datuk Chm. Dr Soon Ting Kueh di pejabatnya pada hari ini. Datuk Dr Soon dijadualkan memberikan syarahan umum di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) UMT pada hari ini dengan tajuk “IKM and Chemistry as a Profession in Malaysia”. Turu hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin.