CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor terima kunjungan hormat Delegasi Projek Erasmus

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd. Ghaffar menerima kunjungan hormat Delegasi Projek Erasmus di pejabatnya pada hari ini. Delegasi ini diketuai oleh Prof. Dr. Georgios Georgiou, dari Universiti Cyprus, yang mewakili projek tersebut. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Dr. Marinah Mohd Ariffin serta delegasi Persatuan Pembangunan Akuakultur Malaysia, Universiti Aegean, Greece, CSI Center for Social Innovation Ltd., Cyprus, Sympleexis, Greece, Institut Teknologi Sepuloh Nopember, Universitas Indonesia, PT Pandu Bina Sejahtera (Indonesia) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Delegasi Projek Erasmus mengadakan lawatan kerja sehari ke UMT untuk membincangkan peluang menjalinkan kerjasama di bawah Pusat Ekonomi Biru Lestari terutamanya dalam aspek pembelajaran dan perkembangan kerjaya pelajar, aspek latihan, dan aspek pelancongan. Selain itu, aktiviti lain yang turut dibincangkan ialah peluang penerbitan bersama, program mobiliti pelajar dan hubungan kerjasama dalam bidang akuakultur.