CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kelab Canselori UMT anjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan

Kelab Canselori UMT telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Bilik Jamuan Senat UMT. Majlis ini dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Ketua Pentadbiran Canselori, Encik Abdullah Syukri M. Saleh mengenai kepentingan membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Al-Quran tidak hanya dibaca pada bulan Ramadan sahaja tetapi ia hendaklah menjadi amalan harian di bulan-bulan yang lain.

Menurut Presiden Kelab Canselori UMT, Encik Muhammad Hafizuddin Zakaria, semua staf Canselori UMT yang hadir telah membaca beberapa surah dalam juzuk terakhir Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan tahun ini. Pihak kelab turut mengagihkan pulut kuning sebagai ‘juadah’ untuk berbuka puasa.