CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT agihkan 1000 bekas bubur lambuk

 

UMT telah berkongsi rezeki Ramadan dengan membuat agihan 1000 bekas bubur lambuk kepada warganya pada 1 April 2024 bertempat di laluan pintu masuk utama Kampus UMT. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud UMT ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof Ir Dr Mohd Zamri Ibrahim.

Selain itu, turut diadakan acara pengagihan pek dapur Ramadan kepada pekerja-pekerja pembersihan Masjid UMT. Usaha murni ini diharap dapat menyuburkan budaya dan semangat berkongsi rezeki bagi mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama warga UMT. Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr Riswadi Azmi, Pengerusi Jawatankuasa Masjid UMT, Prof Ts Dr Muhammad Suzuri Hitam dan pegawai-pegawai utama UMT.