UMT agih bakul Ramadan kepada anak-anak Orang Asli Sungai Berua
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, UMT telah melaksanakan program Penyampaian Bakul Ramadan kepada anak-anak Orang Asli Kampung Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu. Bakul-bakul Ramadan tersebut telah diagihkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin di ‘Sekolah Rimba’ yang dikendalikan oleh Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT.