CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dato’ Mazlan tamat pelantikan sebagai Naib Canselor UMT

 

Prof. Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar telah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu pada 17 April 2024 setelah menyandang jawatan tersebut sejak 2 Ogos 2021.

Di sepanjang tempoh pelantikan beliau, UMT telah mencapai pelbagai kejayaan yang cemerlang antaranya UMT berada pada kedudukan 1,000-1,200 Dunia dan Kelompok 200 Terbaik Asia dalam QS University Rankings, UMT melonjak ke tangga 179 dunia dalam penarafan UI GreenMetric World University Rangkings, Pusat Selam Skuba UMT diiktiraf sebagai Pusat Selaman 5 Bintang, Mushaf Al Quran Terengganu diwartakan sebagai Objek Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), UMT terpilih oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) sebagai hos Kursi Sains Antartika dan pasukan pelayar UMT telah berjaya mendapat tempat kedua (acara Match Race) dan posisi ketiga (acara Fleet Race) dalam penganjuran Bahrain Kingdom Fleet & Match Race Event 2023.

UMT merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah beliau curahkan sepanjang berkhidmat di UMT. Semoga segala sumbangan yang telah diberikan mendapat ganjaran oleh Allah SWT.