CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Prof Dr Mohd Zamri dilantik menjalankan fungsi Naib Canselor UMT

Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju melantik Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi Menjalankan Fungsi Naib Canselor  UMT berkuat kuasa mulai 18 April 2024 sehingga lantikan Naib Canselor UMT dimuktamadkan di samping menjalankan tugas-tugas jawatan  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim atas pelantikan ini.