CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Sarawak Forestry Corporation

Pada 31 Januari 2024, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation, Encik Abang Arabi Abang Aimran. Turut hadir Prof. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir, Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT. Dalam pertemuan tersebut, Naib Canselor telah mengadakan perbincangan memfokuskan kepada peluang kerjasama UMT dan Sarawak Forestry Corporation, terutamanya dalam bidang penyelidikan berkaitan biodiversiti, ekologi, impak sosioekonomi terutamanya kepada komuniti di pesisir pantai, program pembangunan pelajar serta latihan industri pelajar UMT ke Sarawak Forestry Corporation.