CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Profesor Pelawat FPEPS

Pada 31 Januari 2024, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Profesor Clevo Wilson daripada Queensland University of Technology, Australia yang juga merupakan Profesor Pelawat di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) UMT. Turut hadir Prof. Dr. Suriyani Muhammad, Dekan FPEPS UMT.