CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kerjasama dengan institut penyelidikan terkemuka China bakal majukan industri Akuakultur Negara

Pada 4 Disember 2023, UMT telah melebarkan hubungan kerjasama di China apabila memeterai Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Heilongjiang River Fisheries Research Institute (HRFRI) di Harbin yang merupakan institut penyelidikan terkemuka dalam industri akuakultur.

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, UMT melalui Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) dan HRFRI akan bekerjasama membangunkan Makmal Kerjasama (Joint Laboratory) AKUATROP UMT-HRFRI, penyeliaan pelajar siswazah bersama, program pertukaran pelajar/pensyarah dan penerbitan bersama artikel berimpak tinggi bagi penyelidikan yang memfokuskan aspek kelestarian spesis semulajadi serta kajian perubahan iklim yang secara tidak langsung memberi impak kepada keterjaminan makanan sumber perikanan dan Akuakultur Negara pada masa hadapan.

Turut hadir Ketua Pengarah Chinese Academy of Fishery Sciences, Prof. Dr. Liu Yongxin; Naib-Presiden HRFRI, Prof. Dr. Zheng Xiaohu; Pengarah HRFRI, Prof. Dr. Li Shaowu; Ketua bahagian Bioinformatik, Prof. Dr. Hu Gou; Ketua bahagian Molekular dan Fisiologi, Prof. Dr. Chang Yumei, kakitangan HRFRI dan delegasi UMT.