CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Auditorium Perpustakaan UMT dijenamakan kepada Auditorium Sulaiman

Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT telah dijenamakan kepada Auditorium Sulaiman bersempena nama mantan Naib Canselor yang pertama UMT iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md. Yassin. Majlis penjenamaan auditorium ini telah disempurnakan sendiri oleh Prof’ Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md. Yassin. Malah beliau turut menyampaikan Bicara Nakhoda bertajuk “Menyulam Kebijaksanaan dalam Pembentukan Insan Universiti Global – Satu Perkongsian”. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr Marinah Mohd Ariffin dan pegawai-pegawai utama UMT. Di majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran dua orang mantan Ketua Pustakawan UMT iaitu Hajah Aishah Mohd Nasir dan Encik Atip Ali.