CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT terima kunjungan Universitas Informatika dan Bisnis Indonesia

Prof Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMT telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Universitas Informatika dan Bisnis Indonesia (UNIBI) di pejabatnya pada hari ini. Delegasi UNIBI telah diketuai oleh Rektor UNIBI, Prof. Dr Ir Bob Foster. Kunjungan hormat ini bertujuan menjalin hubungan kerjasama antara kedua-dua Universiti dalam pelaksanaan program pengajian di peringkat Doktor Falsafah melalui kerja penyelidikan.