CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT menang Anugerah Buku Perikanan Terbaik

UMT telah memenangi Anugerah Buku Negara 2023 Kategori Pengajian Tinggi Buku Perikanan Terbaik dengan judul “MARINE FISHES OF KUANTAN MALAYSIA BIODIVERSITY INFORMATION SYSTEM (MyBIS). Buku ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Seah Ying Giat, Mohd Sharol Ali, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar dan Dr. Tun Nurul Aimi Mat Jaafar.

Pengarah Penerbit UMT, Prof. Madya Dr. Che Hasniza binti Che Noh yang mewakili penulis buku telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023.