CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dato’ Mustapha Ahmad Marican terima pelantikan semula sebagai Profesor Adjung UMT

Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato’ Mustapha Ahmad Marican telah menerima surat pelantikan semula sebagai Profesor Adjung di Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) UMT. Surat pelantikan telah disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd. Ghaffar di Pejabat Naib Canselor. Turut hadir Prof. Dr. Asyraf Abdul Rahman, Dekan PPAL dan Encik Borhanudin Mohd Yusof @ Mohamed, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar.