CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Anugerah Tahunan UMT 2016

G1

Pada 17 Julai 2016, UMT telah mengadakan Majlis Anugerah Tahunan 2016 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan yang telah ditunjukkan oleh staf UMT pada tahun 2015. Majlis yang diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Mohamed Azlan bin Hashim, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT dan pihak pengurusan tertinggi UMT. Prof. Dr. Norhayati binti Mohd Tahir, Dekan Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran telah terpilih untuk menerima Anugerah Kepimpinan Akademik Keseluruhan.