Pada 17 Julai 2016, Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Kelab Canselori UMT telah menganjurkan Majlis Aidil Fitri Canselori 2016 bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Senat UMT. Antara tetamu yang hadir adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dan pegawai-pegawai utama UMT. Pelbagai juadah telah disediakan seperti kambing golek, nasi minyak, ketupat, rendang, laksa, laksam, satay, macaroni, spagetti, rojak buah, tapai dan biskut raya. Juadah-juadah ini disediakan secara ‘potluck’ oleh staf-staf Canselori. Wajah-wajah kemesraan terserlah apabila semua staf dalam bersalam-salaman sambil memohon kemaafan atas kekhilafan yang lalu serta mengukuhkan hubungan silaturahim sesama mereka.