UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT menang 3 anugerah MAPIM-KPT Ke-14

UMT memenangi tiga anugerah dalam Majlis Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)-KPT Ke-14 yang telah diadakan pada 22 Disember 2023 bertempat di Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, Pengarah Penerbit UMT, Prof. Madya Dr. Che Hasniza binti Che Noh telah memenangi Anugerah Penerbit Harapan 2021, manakala Prof. Madya Dr. Nazli Aziz telah memenangi Anugerah Buku Ilmiah Terbaik 2021 Kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial (KSS) dengan judul buku “PARLIAMENT AND DELIBERATIVE PRACTICES MALAYSIA UNDER BARISAN NASIONAL”.

Selain itu, Nurul Ashraf Razali, Wan Rafizah Wan Abdullah @Wan Abd. Rahman, dan Nurafiqah Mohd Zikir turut menerima Penghargaan Makalah Jurnal Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan (SST) Indeks Antarabangsa dengan tajuk jurnal “EFFECT OF THERMO-PHOTOCATALYTIC PROCESS USING ZINCOXIDEON DEGRADATION ON MACROL.MICRO-PLASTIC IN AQUEOUS ENVIRONMENT”.

Semua anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr Azlinda Azman. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr Marinah Mohd Ariffin.