UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Prof Ts Dr Mohd Zamri memulakan tugas sebagai Naib Canselor UMT yang baharu

Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim telah melapor diri untuk melaksanakan tugas sebagai Naib Canselor UMT yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024. Ketibaan beliau di bangunan Canselori UMT telah disambut oleh barisan kepimpinan UMT dan warga UMT. Selepas itu, beliau menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Pelantikan Naib Canselor UMT diadakan di Masjid UMT. Antara pengisian majlis kesyukuran ialah solat hajat, bacaan Surah Yasin, ucapan aluan Naib Canselor UMT dan diakhiri dengan bacaan Selawat.

Dalam ucapan, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Lembaga Pengarah UMT dan seluruh warga UMT atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada beliau. Beliau mengharap semua warga UMT akan bersatu hati dan bersama-sama beliau memacu UMT ke tahap kecemerlangan. Semoga UMT terus cemerlang dan sejahtera di bawah kepimpinan Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim selaku Naib Canselor UMT yang baharu.