Pada hari ini, staf Canselori UMT menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti beberapa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan Universiti UMT melalui Program PKU Prihatin Kesihatan Warga (2PKW). Semua warga UMT digalakkan mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah menjadi lebih aktif secara fizikal atau bersenam setiap hari, minum lebih banyak air kosong, berhenti merokok/vape, dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan.