UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan Hormat Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Ke Pejabat Naib Canselor UMT

Pada 7 September 2023, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Jaya Holdings Sdn Bhd, Dato’ Dr. Haji Din Adam yang baharu dilantik berkuat kuasa mulai 1 September 2023. Dalam sesi kunjungan hormat ini, beliau turut membincangkan hala tuju dan pelaksanaan program-program kerjasama antara UMT dengan UMT Jaya Holdings Sdn Bhd.