UMT kukuhkan kerjasama akuakultur dengan Chinese Academy of Fishery Sciences
UMT mengukuhkan hubungan kerjasama penyelidikan dalam bidang akuakultur dengan menerima kunjungan hormat Chinese Academy of Fishery Sciences (CAFS) yang merupakan rakan strategik UMT dalam FAO Global Sustainable Aquaculture Advancement Partnership (GSAAP).
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin, hubungan kerjasama UMT dengan CAFS adalah penting bagi melaksanakan agenda akuakultur lestari Malaysia yang dibina melalui platform kolaboratif FAO GSAAP yang selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan.
Beliau berkata demikian setelah menerima kunjungan hormat Naib Presiden CAFS, Mr Chen Jinfa pada 20 Disember 2023. Sesi tersebut turut disertai ahli-ahli institusi subsidiari CAFS iaitu Yellow Sea Fisheries Research Institute (YSFRI), Pearl River Fisheries Research Institute (PRFRI), dan Fishery Machinery & Instrument Research Institute (FMIRI). Turut hadir Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Effendy Abd Wahid.