CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Bahagian Audit Dalam


BAHAGIAN AUDIT DALAM

Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan nasihat secara objektif yang menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi. Audit Dalam membantu organisasi dalam mencapai objektifnya dengan menerapkan pendekatan yang sistematik, penilaian berdisiplin serta mempertingkatkan keberkesanan pengurusan risiko dan kawalan.

 

PENGENALAN

Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 : Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Persekutuan dikehendaki menubuhkan Unit Audit Dalam sebagai badan bebas yang memberi kepastian dan nasihat secara objektif terhadap aktiviti organisasi.
Dalam konteks Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Unit Audit Dalam ditubuhkan pada 1 Ogos 2002 selepas mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada 7 April 2002. Berkuat kuasa 1 Jun 2009, Unit Audit Dalam telah dinaik taraf ke Bahagian Audit Dalam.
Bahagian Audit Dalam, melalui perkhidmatan pengauditan, perundingan dan penasihatan, diwujudkan untuk membantu mempertingkatkan keberkesanan tadbir urus, penilaian risiko dan kawalan dalaman organisasi.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN AUDIT DALAM

Bahagian Audit Dalam melaksanakan pengauditan, perundingan dan khidmat nasihat dengan memberi kepastian melalui pendapat profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan proses tadbir urus, pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman PTj/UMT bagi menentukan wujudnya akauntabiliti dan integriti pengurusan kewangan, pengurusan sumber dan program bagi semua peringkat di universiti.

SKOP PENGAUDITAN

Skop aktiviti pengauditan merangkumi tempoh masa, tempat dan perkara yang dikaji. Antara yang perlu dikaji adalah berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan serta kawalan ke atas sesuatu aktiviti pengauditan dengan mengenal pasti isu yang berkaitan dengan pembaziran, pemborosan, penyelewengan serta ketidakpatuhan undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.

STRUKTUR ORGANISASI

Bahagian Audit Dalam (AUD) merupakan satu badan bebas secara pentadbirannya berada di bawah Canselori yang diketuai Naib Canselor (NC) dan secara fungsinya melapor kepada Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKAPR). JKAPR merupakan salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk membantu dalam melaksanakan fungsinya.

 

FUNGSI AUDIT DALAM

ETIKA DAN PROFESIONALISMA

Bahagian Audit Dalam menjalankan fungsinya secara profesional berpandukan kepada punca kuasa berikut:

 

PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN RISIKO (JKAPR)

Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKAPR) merupakan Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah Universiti, berperanan dalam pengawasan tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalaman organisasi untuk menggalakkan penambahbaikan yang berterusan bagi mempertingkatkan integriti dan kebolehpercayaan terhadap universiti.
Penubuhan JKAPR adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 21 Perlembagaan Universiti Malaysia Terengganu dan Seksyen 5.17 Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998. JKAPR bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Audit pada 30 April 2001 dalam resolusi Minit Mesyuarat Pertama Lembaga Pengarah, Kolej Universiti Terengganu (KUT).
Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko Kali Ke-43 Bil. 1 Tahun 2017 pada 25 Mei 2017, Jawatankuasa Audit telah diubah kepada JKAPR bagi mengambil kira pelaporan oleh Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR) kepada jawatankuasa ini.
Ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKAPR), secara kolektif mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengawasan tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalaman organisasi serta pengetahuan audit, kewangan, industri, teknologi maklumat dan undang-undang. Semua ahli JKAPR termasuk Pengerusi dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan tempoh pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan LPU.

PIAGAM PELANGGAN

Selaras dengan piawaian International Professional Practice Framework (IPPF), Standard 1300-Quality Assurance and Improvement Program iaitu The Chief Audit Executive must develop and maintain a quality assurance and improvement program that covers all aspects of internal audit activity” Bahagian Audit Dalam (AUD) telah melaksanakan satu kaedah yang disyorkan untuk mengukur kualiti perkhidmatan pengauditan iaitu melalui soal selidik kepuasan audit di MAKLUM BALAS KEPUASAN DAN ADUAN PELANGGAN BAHAGIAN AUDIT DALAM .