Home » Berita Canselori » Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT

Wed Sep 20, 2017
Waktu
Subuh 5:42 am
Syuruk 6:57 am
Zohor 1:01 pm
Asar 4:09 pm
Maghrib 7:05 pm
Isyak 8:12 pm

Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT

16586966_1731366107173513_5954397543819409051_o

Kuala Nerus, 6 Feb 2017 – Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah perumpamaan perubahan kepimpinan pengurusan sesuatu jabatan dan pada hari ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT bertempat di Kompleks Siswa UMT. Majlis ini merupakan majlis penyerahan tugas secara rasmi oleh mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Anuar bin Hassan kepada Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang baharu iaitu Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali dengan disaksikan oleh Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Mokhtar, Naib Canselor UMT dan pegawai-pegawai utama UMT.

Prof. Dr. Anuar dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor dan semua staf HEPA kerana telah memberikan sokongan yang padu semasa beliau melaksanakan tugas. Walaupun masih banyak program pemerkasaan HEPA yang belum disempurnakan, beliau berharap ia akan diteruskan oleh Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi nanti. Selain itu, Naib Canselor juga telah menyampaikan cenderamata tanda penghargaan terhadap sumbangan cemerlang yang telah diberikan oleh Prof. Dr. Anuar Hassan selama menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT bagi tempoh 3 tahun 8 bulan mulai 16 Mac 2013. Pada masa ini, beliau akan meneruskan tugasan sebagai ahli akademik di Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur UMT.

Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi telah diberikan amanah untuk memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (HEPA) mulai 1 Disember 2016, turut merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tugas tersebut dan berharap semua staf UMT terutamanya staf HEPA akan memberikan kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan bagi meningkatkan kecemerlangan UMT serta melahirkan graduan yang holistik. Banyak kesinambungan program HEPA yang perlu dilaksanakan dan ia menuntut kerjasama semua pihak untuk menjayakan pelbagai inisiatif yang ditetapkan oleh universiti.