CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Iftar@Canselori Erat Silaturrahim

 “Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.
HR Bukhri-Muslim.
 
Ramadan datang lagi.
Bersempena bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini, Kelab Canselori UMT telah menganjurkan Iftar@Canselori  pada 1 Julai 2015 bersamaan dengan 14 Ramadan 1436H. Bertempat di Restoran Hadramawt Gong Badak, majlis telah mengumpulkan hampir keseluruhan ahli Kelab bersama-sama ahli keluarga masing-masing. 
  
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Encik Abdullah Syukri, Presiden Kelab Canselori, diikuti dengan ucapan YBhg. Prof.  Dato’ Dr. Noraieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT. Turut dialu-alukan dua ahli kelab baharu yang ditempatkan di Pejabat Naib Canselor dan Pejabat Jaringan Antarabangsa. Kelab Canselori UMT turut meraikan Puan Dalina Awang dari Pusat Transformasi Strategik dan Risiko yang telah bertukar ke Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim UMT. Dalam Iftar@Canselori, YBhg. Dato’ Naib Canselor telah bermurah hati meraikan ahli Kelab yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April hingga Jun.
 
Ternyata, Iftar@Canselori sememangnya berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli Kelab Canselori. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
Disediakan oleh:
Azeeha Ibrahim
Setiausaha
Kelab Canselori UMT
Foto oleh: Media Kreatif, PKK