PENGENALAN
Latar Belakang:
1. Unit Integriti diwujudkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 mulai 1 Ogos 2013 yang berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
2. Enam Fungsi Teras
3. Inisiatif penubuhan Unit Integriti adalah untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme, seterusnya akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
Objektif:
Menyepadukan pengurusan integriti di bawah satu unit khusus bagi memastikan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tatakelakuan dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan lebih fokus, teratur dan berkesan.
Pekeliling Perkhidmatan dan Arahan YAB Perdana Menteri
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Kajian Kepuasan Pelanggan