UMT Jadi Tuan Rumah Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Kali Ke-69
UMT bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Kali Ke-69 (Bilangan 3 Tahun 2023) yang telah diadakan pada 18 September 2023 di Dewan Senat UMT.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin, seramai 44 orang Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam telah menyertai mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya, Prof. Ir. Dr. Shaliza Ibrahim. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Dato’ Prof. Dr. Norzaini Azman.
Bagi meraikan kehadiran delegasi mesyuarat, UMT turut menganjurkan Program Eksplorasi Penyelidikan dan Kerjasama Konservasi Penyu dan Khazanah Pulau Redang, Terengganu ke Stesen Penyelidikan Alami Penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang. Antara pengisian aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti snorkel, aktiviti pemeriksaan sarang penyu dan pengeraman telur penyu.