UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kunjungan YAB Perdana Menteri ke UMT

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi perjumpaan rasmi dengan Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Agensi Persekutuan Negeri Terengganu pada 12 Januari 2023, jam 11:50 pagi bertempat di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau diiringi oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd. Ghaffar dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, YH Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi.