Penerbit UMT telah ditubuhkan mulai tahun 2007 dan diletakkan di bawah naungan Pejabat Naib Canselor, dan dipimpin oleh seorang Ketua. Pada tahun 2008 pejabat ini telah diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Namun, pada tahun 2013, Penerbit UMT telah distrukturkan semula di bawah Canselori hingga sekarang dengan dipimpin oleh seorang Pengarah. Di antara peranan dan fungsi Penerbit UMT, adalah –
- Menumpukan usaha kepada percetakan dan penerbitan universiti.
- Menyediakan perkhidmatan pengeditan, pra-penerbitan dan percetakan.
- Menerbitkan bahan-bahan ilmiah berkualiti khususnya dalam bidang kepakaran Sains, Sains Sosial, Teknologi serta Pengurusan Sumber Alam.
- Mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan dalam bentuk buku, jurnal, monograf dan sebagainya untuk diterbitkan dan disebarkan kepada masyarakat sebagai usaha untuk menyumbangkan ilmu dan mempromosikan universiti.
- Membudayakan kegiatan dan aktiviti penulisan dan penerbitan dalam kalangan kakitangan akademik.
- Memperkayakan koleksi penerbitan buku-buku ilmiah peringkat pengajian tinggi institusi pendidikan negara dalam bidang kepakaran khusus.
- Menjadi wadah utama penyebaran maklumat dalam bentuk bahan bercetak.
- Berhasrat meletakkan Universiti Malaysia Terengganu terbilang di peringkat nasional dan global menerusi penerbitan.