CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan Tinggi

Pada 30 Januari 2023, warga UMT turut hadir mengikuti Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin yang diadakan secara telesidang bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Dalam perutusan tersebut, beliau meminta semua Universiti Awam melaksanakan empat tugas utama iaitu –
1. menjadi jurucakap utama institusi ilmu dalam isu nasional.
2. membangunkan pelbagai jaringan strategik untuk kepentingan universiti.
3. meraih dana, waqaf, endowment, infak dan apa jua sumbangan, material dan bukan material bagi memastikan universiti berfungsi sebaiknya.
4. membongkar potensi dan kebijakan setiap warga universiti.
Beliau juga menegaskan Universiti adalah amanah bangsa. Kemuliaannya sebagai gedung ilmu mesti dipertahankan. Pemimpin universiti mesti berupaya menjadi inspirasi kepada mahasiswa, pensyarah dan profesor. Pemimpin universiti juga mesti memastikan warga di bawah pimpinannya menjadi lebih produktif, prihatin dan mempunyai motivasi serta empati untuk menyumbang secara strategik dan berprestasi.