CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT teruskan kerjasama dengan IIM kukuhkan amalan integriti warga

Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar telah menerima kunjungan hormat Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr Rozaidi Abdul Rahim Razali. Dalam pertemuan tersebut, beliau telah membincangkan pelaksanaan program kerjasama antara UMT dengan pihak IIM dalam mengukuhkan amalan integriti warga UMT. Turut hadir Ketua Unit Integriti, UMT, Encik Abdullah Syukri M Saleh dan Pegawai Integriti UMT, Encik Mohd Juhari Abd Kadir.