CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pelayar UMT akan menyertai kejohanan bertaraf dunia di Bahrain

Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar menerima baju jersey UMT Sailing Team sebagai simbolik penyertaan pasukan UMT yang akan menyertai Kejohanan Kingdom Fleet & Match Race Event di Bahrain pada 12-18 Disember 2023. UMT Sailing Team akan diketuai oleh Encik Mohd Hafizi Said, Pengarah Pusat Pelayaran UMT beserta 3 orang pelajar UMT.