UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Daftar 60 Hak Harta Intelek

Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar telah menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pelesenan antara UMT dan syarikat Ocean Hydro Sdn. Bhd., Conservation Management Solutions Sdn. Bhd., SR Neotech Sdn. Bhd., WMM Marketing, Big Bee Honey Sdn. Bhd. dan K Bees Sdn. Bhd. yang diadakan di Hotel Primula Kuala Terengganu pada 5 November 2023.

Menurut beliau, UMT berjaya mendaftarkan sebanyak 60 hak harta intelek dengan 40 produk didaftarkan sebagai hak milik bagi tahun 2023. Daripada jumlah hak harta intelek itu, 13 harta intelek didaftarkan sebagai rahsia dagangan serta empat paten yang didaftarkan dan selebihnya adalah lain-lain harta intelek.