CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Lebih 300kg sampah dikumpulkan pelajar UMT dalam Program Integrity Beach Clean Up 3.0

Seramai 180 orang pelajar UMT menyertai Program Integrity Beach Clean Up 3.0 di sekitar Pantai UMT pada 3 November 2023 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Unit Integriti UMT dengan kerjasama Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) serta Rasuah Busters bersempena sambutan Bulan Integriti Nasional 2023.

Menurut Ketua Unit Integriti UMT, Encik Abdullah Syukri M. Saleh, lebih 300kg sampah telah berjaya dikumpulkan bagi menyemarakkan nilai cinta alam sekitar di kalangan pelajar UMT. Program ini juga memupuk amalan berintegriti menjaga kebersihan alam sekitar dan membenci perbuatan tidak bermoral seperti membuang sampah di merata-rata tempat. Selain itu, pelajar juga diberikan pendedahan oleh Rasuah Busters mengenai bahaya gejala rasuah dan betapa pentingnya budaya berintegriti kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara.