CANSELORI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kerjasama UMT dengan ASM Tingkatkan Keupayaan Inovasi Negara

Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar menerima kunjungan hormat YM Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc., Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM) merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara di pejabatnya pada 6 November 2023. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr. Mohd Izani Mohd Zain dan Pro Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat, Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dr. Fauziah Abu Hasan.

Dalam sesi pertemuan itu, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah hubungan kerjasama antara UMT dengan ASM bagi meningkatkan keupayaan inovasi negara. Malah UMT sangat menyokong usaha dan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan akan menyertai Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP). Penyertaan ini akan memperkasa bidang penyelidikan dan inovasi bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi proses asimilasi dan pemindahan ilmu hasil penyelidikan translasional dan inovasi di universiti kepada masyarakat.