UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UMT Agihkan Dana Zakat Kepada 500 pelajar baharu

Seramai 500 orang pelajar baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 UMT menerima bantuan zakat berjumlah RM500 setiap seorang. Majlis penyampaian bantuan zakat Dermasiswa Al-Ikhlas tersebut telah diadakan pada 1 Oktober 2023 bertempat di Dewan Sultan Mizan UMT.

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, UMT mengagihkan sejumlah RM250 ribu dana zakat yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui skim potongan gaji staf UMT, Etiqa Family Takaful Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Rakyat.

Semua sumbangan dan agihan ini diuruskan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud UMT melalui skim bantuan zakat kecemerlangan kepada pelajar yang merupakan asnaf fakir dan miskin. Inisiatif mulia ini dapat meringankan beban pelajar dan sebagai tanda keprihatinan UMT kepada pelajar yang memilih UMT sebagai universiti pilihan pengajian mereka.