UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Datuk Dr Noraini Idris Dilantik Semula Sebagai Profesor Adjung UMT

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar telah menyampaikan surat pelantikan semula Profesor Adjung kepada Presiden dan Pengasas Pusat STEM di Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Noraini Idris di pejabatnya pada 10 Oktober 2023. Datuk Dr Noraini Idris merupakan seorang Profesor dalam bidang Pendidikan Matematik dan Pendidikan STEM. Beliau dilantik semula sebagai Profesor Adjung di Pusat Asasi STEM UMT mulai September 2023.