UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PROGRAM LESTARI CANSELORI TAHUN 2025

30 Oktober 2025– Program Lestari Canselori Tahun 2025 telah diadakan pada 30 Oktober 2025 bertempat di UMT Bukit Kor, Marang. Program ini telah disertai oleh staf jabatan/pusat/bahagian/unit di bawah Canselori iaitu Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pejabat Pro Canselor, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Pusat Islam Sultan Mahmud, Bahagian Audit Dalam dan Unit Integriti. Program ini bertujuan membina sinergi dalam kerja berpasukan sebagai usaha meningkatkan kualiti serta mutu perkhidmatan melalui pembangunan insaniah ahli ke arah kecemerlangan diri, jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah Penjiwaan Alam di Taman Herba serta aktiviti pengukuhan berpasukan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf, malah menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar dan nilai kelestarian.