
5 November 2025– YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman (Ahli Lembaga Pengarah UMT) telah menyempurnakan peluncuran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam (SeNILAM) sebagai Sekolah Angkat MADANI (SAM). Peluncuran ini menjadi bukti komitmen UMT dalam menjayakan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan memperkukuh hubungan dengan komuniti.
SeNILAM dipilih sebagai sekolah angkat bagi pelaksanaan lima komponen utama yang meliputi peningkatan akademik dan motivasi pelajar, latihan pembangunan profesional guru, penambahbaikan kemudahan pembelajaran untuk pelajar pendidikan khas, penyelenggaraan fasiliti sekolah serta aktiviti keceriaan dan lanskap sekolah melalui peruntukan RM100,000.00 daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan berjaya dilaksanakan dengan pencapaian 100 peratus.