
30 Oktober 2025 – Istiadat Konvokesyen UMT Ke-23 Tahun 2025 telah berlangsung selama empat (4) hari dari 26 hingga 29 Oktober 2025 di Dewan Sultan Mizan, UMT. Ia telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu merangkap Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Istiadat yang penuh makna ini menyaksikan 2,539 graduan diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian masing-masing termasuk 254 graduan pascasiswazah yang diraikan pada sidang pertama.